Dua maut, cedera dalam tragedi awal pagi

8 Sep 2019 • 9:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan jenis Proton yang dipandu mereka terbabit kemalangan di Jalan Semambu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa di dalam kenderaan jenis Proton X70 meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa dalam kereta jenis Proton Saga cedera di kaki.

Pasukan bomba memaklumkan, kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing sebelum dikeluarkan.

Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved