HSA: 7 projek infra RM1.14b dilaksana

LocalHealth & Fitness
8 Aug 2026 • 6:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: HSA: 7 projek infra RM1.14b dilaksana

JOHOR BAHRU: Kerajaan sedang me­laksanakan tujuh projek pem­bangunan dan menaik taraf pel­bagai infrastruktur Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dengan peruntukan berjumlah RM1.139 bilion.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pelaksanaan projek itu bertujuan memperkukuh perkhidmatan di hospital awam berkenaan selari hasrat menjadikan HSA sebagai hab rawatan rujukan utama di negeri ini.

Katanya, projek merangkumi pembangunan pusat rawatan harian dan kompleks klinik pakar; peningkatan sistem elektrikal dan mekanikal, penggantian serta pemodenan lif, sistem gas perubatan, neurosurgical suite dan kemudahan makmal patologi.

“Antara tumpuan utama adalah pembinaan tiga dewan bedah baharu bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf di 12 dewan bedah sedia ada dilakukan. Apabila siap kelak, HSA Johor Bahru akan memiliki 15 dewan bedah serba baharu.

“Kerja-kerja pembinaan tiga dewan bedah baharu itu akan melibatkan kos berjumlah RM20.7 juta. Langkah ini diambil bagi memastikan kerja-kerja naik taraf infrastruktur dapat dilaksana, pada masa sama meminimumkan gangguan perkhidmatan kepada pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke hospital berkenaan, di sini semalam. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Mohtar Pungut.

Sementara itu, mengulas peruntukan bagi pembinaan blok baharu dan parkir bertingkat di hospital itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 September 2023 lalu, Akmal Nasrullah berkata, projek tersebut merupakan antara tujuh projek yang dijalankan kerajaan di premis tersebut.

“Projek parkir bertingkat itu merupakan sebahagian projek pembinaan pusat rawatan harian dan kompleks klinik pakar yang akan dilaksana seawal tahun depan melibatkan peruntukan berjumlah RM877.54 juta.

“Surat Setuju Terima melibatkan projek itu dijangka akan dikeluarkan tahun depan,” katanya.

Pada masa sama, Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, terdapat sebanyak 613 program dan projek pembangunan sedang dilaksanakan kerajaan di seluruh Johor melibatkan peruntukan berjumlah RM56.12 bilion.

“Daripada jumlah itu, 154 projek adalah projek baharu manakala 459 lagi merupakan projek sambungan. Setakat 27 Julai lalu, sebanyak RM2.5 bilion atau 50.51 peratus daripada peruntukan RM4.95 bilion bagi pelakon projek pembangunan di negeri ini sepanjang tahun ini telah dibelanjakan,” katanya. – UTUSAN

The post HSA: 7 projek infra RM1.14b dilaksana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved