HTC Wildfire E2 Play Hadir Dengan Cip Unisoc T606 Dan Kamera 48MP

TechnologyDigital
17 Apr 2023 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wildfire E2 Play telah dilancarkan di Afrika sebagai sebuah lagi peranti kelas asas daripada HTC. Ia didatangkan dengan skrin rata bertakuk kecil di hadapan bersama panel belakang melengkung. Ini Ini dicantum pula dengan imbasan cap jari fizikal berbentuk bulat untuk tujuan sekuriti.

image is not available

Telefon ini mempunyai skrin IPS LCD sebesar 6.82-inci dengan resolusi 720 X 1640 piksel dan kadar segar semula standard 60Hz. Cip Unisoc T606, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB turut dimuatkan pada telefon ini. Panel belakang menempatkan kuad-kamera utama 48MP + 5MP + 2MP + 2MP, manakala kamera swafoto pula sebesar 8MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, port USB-C, bateri 4600mAh dengan pengecasan 10W dan menjalankan Android 12. Sebanyak dua pilihan warna diserdiakan seperti biru dan hitam namun tiada harga jualan didedahkan setakat ini.