HTJ tubuh jawatankuasa siasat dakwaan arah pesakit tidak stabil discaj

22 May 2023 • 8:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan dakwaan yang mengatakan arahan dikeluarkan kepada pesakit yang masih tidak stabil untuk discaj dari wad hospital berkenaan, seperti yang tular di laman Facebook.

Pengarahnya Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata jawatankuasa itu terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan yang akan meneliti dakwaan berkenaan.

“HTJ memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci dan membincangkan mengenai aduan yang tular ini.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap mereka yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, tular catatan menerusi Facebook seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa suaminya diarahkan untuk discaj dari wad di HTJ walaupun masih berada dalam keadaan tidak stabil. -Bernama