HTN 2025 Pacu Transformasi Pengurusan Tanah Persekutuan

LocalPolitics
22 Sep 2025 • 4:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

HTN 2025 Pacu Transformasi Pengurusan Tanah Persekutuan

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terus komited dalam menerajui agenda transformasi pengurusan tanah milik Kerajaan Persekutuan melalui pendekatan tadbir urus yang strategik, bersepadu dan lestari.

Komitmen ini diterjemahkan menerusi pelaksanaan dasar, perancangan dan inisiatif pembaharuan yang berterusan bagi memastikan setiap aset tanah persekutuan diurus secara optimum, menyumbang kepada pembangunan negara serta memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Antara pendekatan yang diperkenalkan termasuk, penyewaan premis demis yang membolehkan penggunaan aset tanah dan bangunan milik Kerajaan Persekutuan dimajukan atau digunakan oleh pihak ketiga terutamanya sektor swasta atau GLC tanpa melibatkan sebarang perubahan pada hakmilik.

image is not available

Selain itu, sewaan pemasangan sistem Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau tenaga solar di fasiliti Kerajaan Persekutuan langkah optimis yang dilaksanakan dalam menyokong dasar semasa iaitu Dasar Tenaga Negara dan inisiatif Net Energy Metering 3.0.

Inisiatif lain yang digerakkan adalah melalui kaedah pajakan menerusi Request for Proposal (RFP), tender terbuka dan permohonan terus yang bertujuan untuk memastikan tanah Persekutuan yang terbiar dapat dibangunkan di samping memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

image is not available

NRES melalui JKPTG menganjurkan Sambutan Hari Tanah Negara Ke-9 Tahun 2025 (HTN2025) di Putrajaya, hari ini. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi dan Ketua Pengarah JKPTG, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.

image is not available

Bertemakan “Pengurusan Tanah Persekutuan Memacu Kemakmuran dan Kelestarian Malaysia MADANI”, sambutan tahun ini memberi tumpuan kepada isu-isu kritikal pengurusan tanah milik Kerajaan Persekutuan serta pelbagai cadangan penambahbaikan ke arah tadbir urus tanah yang lebih mampan, efisien dan berimpak tinggi.

Dua (2) persidangan utama turut dianjurkan iaitu:

  • Persidangan Tanah Persekutuan pada 22 September 2025 yang membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan tanah Persekutuan termasuk bayaran premium, tanah terbiar, kelewatan perizaban, pelepasan, tukar guna serta penswastaan. Persidangan ini turut menjadi platform untuk meneliti penambahbaikan proses sedia ada bagi mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat ;
  • Persidangan Penolong Pegawai Tanah pada 23 September 2025 merupakan platform strategik bagi Penolong-Penolong Pegawai Tanah berkongsi pandangan dan pengalaman dalam memperkukuh tadbir urus tanah di peringkat Persekutuan dan negeri. Sebagai barisan hadapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan tanah, mereka berperanan penting dalam menyokong kelancaran operasi pentadbiran serta menjadi sumber rujukan yang berwibawa kepada Pegawai Pentadbir Tanah.

image is not available

Sambutan HTN 2025 juga diserikan dengan Karnival Tanah Persekutuan yang berperanan sebagai platform promosi tanah-tanah Persekutuan yang berpotensi untuk disewa atau dipajak kepada pemegang taruh, individu serta organisasi yang berminat.

Penganjuran kali ini mengukuhkan lagi komitmen NRES dan JKPTG dalam memacu transformasi pentadbiran tanah yang progresif, digital dan berpaksikan prinsip Malaysia MADANI.