Huawei bagi diskaun hingga RM2,100 & hadiah percuma sempena Tahun Baru

Digital
3 Jan 2024 • 5:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar keluaran Huawei Mate X3 atau Huawei P60 Pro, jam pintar Huawei Watch GT4 mahupun Huawei FreeClip, inilah masanya!

Sempena menyambut Tahun Baru 2024, Huawei menganjurkan kempen #FashionforNew dengan potongan harga sehingga RM2,100, hadiah percuma serta promosi menarik dengan kerjasama MCash.

Potongan harga & hadiah percuma

Sepanjang tempoh kempen #FashionforNew yang berlangsung sehingga 31 Januari 2024, anda boleh mendapatkan peranti keluaran Huawei di Huawei Experience Stores dan laman web rasmi dengan promosi berikut:

Telefon pintar

image is not available
Huawei Mate X3

Jam pintar

Audio

Selain daripada produk di atas, Huawei turut memberikan diskaun eksklusif dan hadiah percuma untuk pembelian produk terpilih lain sepanjang tempoh promosi ini.

Pulangan tunai dengan MCash

Selain kempen #FashionforNew, Huawei juga telah bekerjasama dengan MCash untuk memberikan penjimatan tambahan bagi pengguna Huawei Watch 4 dan siri GT4.

image is not available

Bagi setiap transaksi yang menggunakan Huawei Watch 4 dan GT4 untuk pembelian luar talian termasuklah MYDIN, Lotus’s, KK Mart, MR DIY, Tealive, Marrybrown, Secret Recipe, dan banyak lagi,  akan mendapat pulangan tunai 10%, dihadkan pada RM10.

Penebusan pulangan tunai boleh dilakukan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh promosi sehingga 29 Februari 2024. Pulangan tunai akan dikreditkan terus ke aplikasi MCash.

Untuk mendapatkan pulangan tunai itu, anda perlu memuat turut aplikasi MCash pada telefon mudah alih dan pautkan dengan jam pintar Huawei. Paparkan kod QR unik pada jam tangan untuk diimbas peniaga semasa transaksi.

Untuk maklumat lanjut tentang MCash E-Wallet dan untuk meneroka tawaran menarik lain, sila layari laman web mereka di www.mcash.my.

Anda boleh mendapatkan lebih info atau kemas kini terkini mengenai promosi Huawei di Huawei Experience Stores terdekat atau layari laman web rasmi Huawei, laman sosial Facebook mahupun Instagram Huawei.

Bacaan berkaitan: