Huawei Band 10 turut dilancarkan pada hari ini dengan rekaan yang nipis dan ringan untuk segmen gelang tangan pintar. Ia memiliki skrin sesentuh AMOLED 1.47″dengan paparan berwarna yang terang. Huawei turut menaik-taraf peranti ini dengan pilihan tali yang lebih mesra kulit. Selain itu boleh ditukar ganti dengan mudah menerusi satu butang khusus pada gelang tangan pintar ini.



Band 10 juga dilengkapi sensor tidur terkini yang boleh memantau pola waktu tidur dengan lebih baik. Selain itu mempunyai ciri yang boleh mengesan gangguan pernafasan sepanjang waktu tidur. Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan standard juga disokong seperti pemantauan degupan jantung, oksigen dalam darah, kiraan tapak dan lain-lain. Bateri disertakan pula boleh berfungsi sehingga dua minggu dan boleh didapati secara pra tempahan dengan harga jualan RM199.

