Huawei dan Qualcomm menandatangani perjanjian lesen paten jangka panjang yang merangkumi pelesenan portfolio paten yang dipegang oleh kedua-dua syarikat. Perjanjian meliputi beberapa teknologi seperti 5G, perkomputeran, kecerdasan buatan (AI) dan rangkaian.

Qualcomm turut bersetuju membeli sebahagian paten yang Huawei di Amerika Syarikat, khususnya dalam bidang pengkomputeran, AI, rangkaian dan teknologi berkaitan yang lain. Walaupun perjanjian tekah ditandatangani, ia masih memerlukan kelulusan pihak berkuasa sebelum dimuktamadkan.
Kedua-dua syarikat menyatakan bahawa perjanjian ini menunjukkan komitmen mereka terhadap perlindungan hak harta intelek, amalan pelesenan yang adil, dan prinsip FRAND (Fair, Reasonable and Non-Discriminatory).




