Huawei FreeBuds 5 Hadir Dengan Sokongan LDAC Dan Bateri 30 Jam

TechnologyDigital
23 Mar 2023 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sepasang TWS baharu HuaweiFreeBuds 5 dilancarkan hari ini dengan rekaan yang boleh dikategorikan sebagai unik kerana nampak seperti titisan air. FreeBuds 5 dilengkapi pemandu audio sebesar 11mm dan mempunyai pad sesentuh pada sisi tubuh untuk kawalan muzik.

image is not available

Tubuh kelihatan seperti titisan air tetapi ia melepasi piawaian IP54. Dari segi bateri, ia boleh beroperasi sehingga 5 jam atau sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Terdapat sokongan codec LDAC untuk menikmati audio pada kadar bit tinggi serta audio spatial. Menerusi tiga mikrofon, sistem ANC boleh dinikmati bagi mengurangkan hingar kawasan sekeliling.

image is not available

Pengecasan boleh dilakukan secara berwayar dan juga nirwayar. Terdapat sebuah lagi model yang sekadar menyokong pengecasan berwayar. Di China Huawei FreeBuds 5 dijual pada harga RMB 799 (~RM516) untuk versi biasa dan RMB 899 (~RM581) untuk versi premium dengan pengecas nirwayar. Warna yang ditawarkan ialah Ceramic White, Frost Silver dan Coral Orange.