Huawei sedia hadir dengan sejumlah fon telinga nirwayar yang memuatkan pelbagai ciri dan fungsi menarik tersendiri. Misalnya seperti Huawei FreeBuds Pro 2 yang dilengkapi sokongan audio beresolusi tinggi menggunakan LDAC dan sistem audio Divialet.

Kini muncul pula desas-desus baharu mengenai kewujudan Huawei FreeBuds Pro2+ yang berpotensi dilengkapi ciri lebih menarik. Di mana, fon telinga nirwayar baharu ini dipercayai mampu mengukur kadar degupan jantung pengguna secara masa nyata. Melaluinya sensor pemantauan kadar degupan jantung terbina disediakan dan sekiranya ia dipercayai kali pertama Huawei menggunakan kebolehan ini pada produk fon telinga mereka. Tangkap layar tular turut mendedahkan kebolehan mengukur kadar degupan jantung masa nyata boleh dibuat sewaktu pengguna memakainya di telinga.

Selanjutnya ia juga mampu berfungsi seumpama ciri pengesanan kadar degupan jantung sedia ada. Di mana mampu mengesan sehingga tiga tahap kadar degupan, sama ada tinggi, sederhana atau rendah. Turut didedahkan bahawa sistem audio Divialet juga akan digunakan pada fon telinga ini. Tiada tarikh pelancaran diketahui setakat ini.

