Huawei FreeBuds SE 3 Berharga RM199 Dan Tersedia Di Malaysia Bermula 1 Januari 2025

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 4:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei FreeBuds SE 3 merupakan set fon telinga nirwayar dari jenis separa terbuka bertangkai. Kemasan menyerupai kulit digunakan pada pod pengecas dengan dua pilihan warna iaitu Beige dan Black. Selain itu mempunyai butang fizikal khusus di bahagian bawah untuk sambungan peranti yang lebih mudah.

image is not available

Sepasang pemandu audio 10mm digunakan turut menyokong Call Noise Cancellation. Tambatan pantas pula boleh dilakukan menerusi sokongan Bluetooth 5.4, di samping kalis air IP54 yang sesuai digunakan ketika bersenam. Dengan sekali caj, setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 9 jam tetapi meningkat 42 jam dengan bantuan pod pengecas. Fon telinga ini dijual di Malaysia pada RM199 dengan ketersediaan bermula 1 Januari 2025.

image is not available