Pelancaran hari ini turut memperlihatkan kehadiran Huawei FreeClip 2 dalam warna baharu Berry Purple. Kemunculan ini bukan sahaja melengkapkan imej sebagai aksesori bergaya tetapi menawarkan sokongan audio berkualiti tinggi. Dengan pilihan warna yang lebih menyerlah, ia melengkapkan siri warna sebelum ini dan menambah variasi untuk pengguna yang mementingkan gaya.

Tiada perubahan besar pada spesifikasi, menjadikan penawarannya sama seperti sebelum ini. Fon telinga ini hadir dengan gabungan Comfort Bean dan Acoustic Ball melalui C-Bridge Design. Ia menggunakan bahan yang 25% lebih lembut bagi memberikan keselesaan berpanjangan. Selain itu, ia turut dilengkapi penarafan IP57, bateri sehingga 38 jam serta fungsi pengesanan telinga automatik untuk meningkatkan kemudahan penggunaan.


FreeClip 2 disokong oleh teknologi NPU AI yang membolehkan fungsi Adaptive Volume digunakan untuk menyesuaikan tahap audio secara automatik serta Adaptive Voice Enhancement bagi menghasilkan suara lebih jelas. Huawei turut menambah Gesture Swipe Control sebagai pelengkap kepada Nod Motion Head dan Gesture Tap Control sekali gus memberikan kawalan yang lebih mudah tanpa berlebihan.


