Huawei FusionSolar C&I OASIS Solution Diperkenalkan Di Malaysia

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 10:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia sedang giat mengembangkan teknologi boleh diperbaharui untuk menyediakan bekalan tenaga yang mesra alam sambil membantu dalam pengurangan kesan negatif terhadap alam sekitar. Sejajar dengan itu, Huawei Digital Power dilihat menetapkan penanda aras baharu dalam teknologi tersebut dengan melancarkan FusionSolar C&I OASIS Solution di Malaysia. Ia diumumkan dalam Forum Malaysia PV & ESS Safety yang berlangsung di Sunway Resort Hotel hari ini dengan Malaysia menjadi negara terawal di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan penyelesaian inovatif tersebut.

image is not available

Huawei FusionSolar C&I OASIS Solution ialah penyelesaian bersepadu yang menggabungkan pembalik (inverter) solar, bateri, ESS dan pengecas ke dalam satu unit. Ia direka untuk merevolusikan landskap PV (photovoltaics)+ ESS + Charger dan boleh menyediakan pelbagai penyelesaian yang fleksibel untuk industri teknologi hijau.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam memastikan pengalaman terbaik, aspek keselamatan menjadi keutamaan dengan Huawei menggunakan penyelesaian C2C Dual-Link Safety Architecture yang merangkumi pelbagai aspek komponen asas termasuk bateri dalam memastikan rangka kerja keselamatan yang kukuh untuk aplikasi komersial dan perindustrian (C&I) ESS.

image is not available

Mengoptimumkan ciri pengurusan kitaran hayat pintar pula membolehkan segala pengurusan operasi dan penyelenggaraan (O&M) sistem dilakukan dengan lancar serta mudah. Ia juga menjadi penyelesaian inovatif terawal di rantau Asia Pasifik yang menyepadukan ciri keselamatan canggih ke dalam sistem PV komersial dan industri.

image is not available

image is not available

Sebagai tambahan kepada FusionSolar C&I OASIS Solution, Huawei juga mempamerkan pembalik (inverter) C&I SUN2000-150K dan SUN5000-150K baharunya, di samping siri C&I Hybrid Cooling ESS LUNA2000-215. Kedua-duanya menawarkan teknologi baharu SafeLink, ProfiLink dan Smartlink yang juga menggunakan penyelesaian C2C Dual-Link Safety Architecture. Pada masa yang sama turut menjanjikan hasil tenaga yang dipertingkatkan bersama pengalaman penyelenggaraan lebih baik.