Huawei jadualkan majlis pelancaran pada hari sama dengan acara Let Loose Apple

Digital
30 Apr 2024 • 4:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei mengumumkan melalui media sosial, yang mereka akan adakan satu majlis pelancaran pada 7 May 2024 bertempat di Dubai. Tidak memberitahu secara spesifik apakah yang akan dilancar, dalam jemputan yang sama terdapat tiga kategori produk iaitu Huawei Wearables, siri Huawei Matebook, dan siri Huawei Matepad.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa outlet media yang berkongsikan produk berpotensi dilancarkan pada peringkat global. Nama seperti Roland Quandt berkongsikan perihal Huawei Watch Fit 3, jam tangan pintar yang meniru bulat-bulat gaya Apple Watch sekali dengan butang crown di bahagian sisi.

image is not available

Watch Fit yang ada dalam Malaysia sekarang adalah Watch Fit 2 yang mempunyai muka jam segi empat tepat. Ia dilancarkan pada harga RM599 dan kini dijual pada harga RM479.

Satu lagi produk yang katanya akan tembusi pasaran global daripada China adalah Matebook X Pro 2024. Ini adalah laptop dengan berat kurang daripada 1kg dan diperkasa cip Intel Ultra 9. Dalam pasaran China, laptop ini dijual pada harga bermula CNY11,199 (~RM7,374).

image is not available

Untuk siri Matepad pula, berkemungkinan besar mereka akan memperkenalkan Matepad Pro 11 (2024) yang mereka lancarkan di China dalam bulan November 2023 lalu. Tablet tersebut masih menggunakan cip Kirin 9000s yang boleh ditemukan pada tablet sebelum ini. Beza terbesar merentasi generasi cumalah pada ciri komunikasi satelit.

image is not available

Satu perkara menarik tentang majlis pelancaran Huawei ini adalah, pada hari yang sama juga Apple telah menjadualkan satu majlis Let Loose. Jadi, dapatlah kita tonton dua pengumuman produk baharu daripada dua jenama gergasi pada hari yang sama.

image is not available

Sumber: Huawei

Bacaan berkaitan