Huawei Kembali Ke Tangga Teratas Carta DxoMark Menerusi P60 Pro Dengan 156 Mata

TechnologyDigital
10 May 2023 • 1:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei kembali dengan kelebihan tiga mata berbanding peranti mercu baharu Oppo, lalu menjadikan P60 Pro kini menduduki tangga teratas di carta DXOMARK. Hal ini juga memang sudah dijangka akan berlaku setiap kali pengeluar ini hadir dengan penawaran baharu khususnya bagi segmen kelas mercu di bawah siri P dan Mate.

image is not available

Melaluinya Huawei P60 Pro dilihat mencatatkan skor tertinggi 156 keseluruhannya untuk kebolehan kamera utama. Untuk ringkasan ujian, ia mendapat 159 mata untuk keupayaan fotografi, 80 mata untuk keupayaan bokeh, 75 mata untuk pratonton, 158 mata bagi kebolehan zum dan 147 mata pula untuk rakaman video.

Ringkasanya, pujian telah diberikan pada prestasi kamera yang hebat secara keseluruhan yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis situasi dan pencahayaan. Ini termasuklah peranti ini digunakan untuk tangkapan gambar mahupun rakaman video. Seterusnya prestasi ini juga melibatkan rakaman yang dibuat dalam pencahayaan malap dengan butiran dijaga meskipun terdapatnya gerakan yang berlaku.

image is not available

Selain daripada itu, kamera peranti ini juga dikatakan mampu menghasilkan tona warna kulit manusia tampak semula jadi, seterusnya kebolehan aperature yang berubah-ubah pula memastikan rakaman sudut-lebar yang diambil mempunyai fokus sepatutnya. Kebolehan makro juga dikatakan baik khususnya imej yang diambil menerusi lensa telefoto.

Masih juga terdapatnya kekurangan pada kamera peranti yang dikatakan tidak berupaya menganggar kedalaman imej yang dipratonton dengan hasil tangkapan. Dalam masa sama, ralat turut berlaku secara rawak bagi sesetengah tangkapan imej dengan perincian yang melampau. Selanjutnya, sistem autofokus juga tidak konsisten sewaktu rakaman video dibuat.

image is not available

Huawei P60 Pro bakal dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei 2023 yang mana harga jualan turut akan diumumkan sama pada acara berkenaan. Sama-sama kita nantikan dan kami di Amanz juga akan menyediakan kemaskini lanjut mengenainya menerusi artikel yang akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved