Huawei Mate 80 Dijangka Hadir Dengan Modul Kamera Baharu

TechnologyDigital
7 Oct 2025 • 10:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Huawei Mate 80 dijangka dilancarkan di China dalam masa terdekat walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan. Peranti tersebut telah disenaraikan di laman pensijilan jualan sekali gus menandakan pelancarannya semakin hampir.

image is not available

Sementara itu, imej tular menunjukkan perubahan ketara pada panel belakang khususnya modul kamera bulat yang direka semula berbanding siri Mate 70. Model Mate 80 Pro dilaporkan hadir dengan tiga kamera yang disusun dalam bentuk segi tiga iaitu lensa telefoto periskop di bahagian atas bersama kamera utama dan kamera sudut ultra lebar di bahagian bawah.

image is not available

Selain itu, modul kamera ini dilengkapi dua lampu LED memanjang serta gegelang menyerupai keluli yang menyerlahkan reka bentuknya. Turut kelihatan ialah komponen tambahan yang dipercayai berfungsi sebagai sensor warna atau cahaya. Siri ini juga memperkenalkan pilihan warna baharu iaitu kuning.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 80 dijangka mengekalkan ciri utama siri sebelumnya. Namun begitu, ia hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti pengecasan pantas 100W, cip Kirin baharu, dan sekurang-kurangnya satu model yang dilengkapi kipas penyejuk terbina dalam.