
Huawei bakal melancarkan dua produk utama ke pasaran Malaysia pada 12 Mac 2026 iaitu Huawei Mate 80 Pro dan fon telinga FreeBuds Pro 5. Selepas hampir tiga tahun menyepi, Mate 80 Pro kembali sebagai telefon mercu dengan janji pengalaman penggunaan yang lebih menyeluruh dari pelbagai aspek.

Huawei Mate 80 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED 6.75 inci yang dipadankan bersama memori 16GB RAM dan storan 512GB. Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP dengan apertur boleh laras F1.4–F4.0 serta OIS, ultra lebar 40MP dan telefoto makro 48MP manakala kamera hadapan 13MP. Ia juga menggunakan bateri 5,750mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan nirwayar 80W. Selain itu, peranti ini juga dilengkapi penarafan IP68/IP69 serta menjalankan EMUI 15.0.

Selain itu, Huawei turut akan memperkenalkan FreeBuds Pro 5 pada tarikh yang sama. Ia hadir dengan teknologi Dual-Engine AI Noise Cancellation bersama Ultra-linear dual-magnet driver untuk memastikan bass lebih mantap. Ia juga menyokong lossless audio sehingga 2.3 Mbps melalui codec L2HC 4.0 serta menawarkan profil bunyi HUAWEI SOUND Voice, Classical dan Bass.
Fungsi tambahan seperti AI Mode cancellation, awareness mode, conversation awareness, adaptive volume dan multiple EQ disediakan untuk pengalaman mendengar lebih bebas. Sistem audio ini juga dilengkapi dengan dual DSP + DAC untuk prestasi yang lebih stabil. Dari segi bateri, setiap fon telinga dilengkapi kapasiti 60mAh manakala pod pengecas pula sebesar 537mAh.

Buat masa ini, Huawei mula membuka pratempahan awal untuk Mate 80 Pro dengan deposit RM100. Sebagai tarikan tambahan, mereka turut menawarkan rebat baucar 15% untuk produk audio serta hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115. Sementara itu, FreeBuds Pro 5 pula disenaraikan sebagai ‘notify me’ buat masa ini. Untuk maklumat lanjut termasuk harga rasmi, sama-sama kita nantikan pengumuman penuh pada tarikh pelancaran kelak.

