Huawei Mate X3 Mungkin Dilengkapi Dengan Skrin Lebih Kecil

TechnologyDigital
20 Mar 2023 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peranti dengan skrin boleh lipat baharu Huawei Mate X3 bakal diumumkan secara rasminya pada 23 Mac 2023. Ia juga dijangka menawarkan kemaskini menarik menerusi tubuh yang lebih nipis dan ringan. Di samping turut menggunakan kaca tahan lasak Kunlun sebagai pelindungan tambahan pada peranti.
Kini terdapat perkongsian baharu yang mendedahkan peranti kelak akan dilengkapi skein lebih kecil.

Maklumat ini dikongsi oleh Ross Young yang merupakan CEO kepada Display Supply Chain Consultants menerusi salah satu ciapan di Twitter. Katanya, saiz skrin utama peranti akan berubah ke 7.85-inci daripada 8-inci yang digunakan pada Mate X2. Walau bagaimanapun, skrin sekunder peranti pula masih dikekalkan pada saiz 6.45-inci.

image is not available

Turut melengkapi peranti adalah teknologi Ultra Thin Glass (UTG) untuk ketahanan lebih baik, sekaligus menjadi antara peranti skrin boleh lipat terawal Huawei yang dilengkapi lapisan tersebut. Selain daripada itu, peranti ini juga dipercayai menggunakan skrin keluaran BOE. Bagi melihat sejauh mana kebenarannya, sama-sama nantikan pelancaran rasmi pada minggu ini.