Huawei Mate X7 Bakal Memasuki Pasaran Malaysia – Tempahan Awal Kini Dibuka

LocalTechnology
13 Jan 2026 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kemaskini terbaharu daripada Huawei memperlihatkan kehadiran peranti boleh lipat baharu Mate X7 untuk pasaran Malaysia. Dengan slogan ‘Unfold the Moment’, Huawei memberi isyarat bahawa peranti mampu menawarkan pengalaman yang lebih mengujakan, di samping rekaan premium yang eksklusif dalam kelasnya.

image is not available

Tempahan awal bagi Mate X7 kini telah dibuka dengan deposit sebanyak RM80. Pelanggan berpeluang menikmati rebat sehingga RM800, selain berpeluang memenangi peranti Mate X serta baucar rebat sehingga 15% diskaun. Lebih menarik, tempahan awal ini turut disertakan dengan hadiah eksklusif yang merangkumi perlindungan skrin selama setahun bernilai RM2,299, Huawei Watch 5 46mm, Huawei MatePad 11.5 WiFi (6GB+128GB), papan kekunci pintar Huawei MatePad 11.5″ serta jaminan lanjutan selama setahun.

image is not available

Huawei Mate X7 hadir dengan skrin utama berukuran 8 inci serta skrin sekunder 6.49 inci. Kedua-dua skrin ini menggunakan panel LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi sehingga 2416 × 2210 piksel. Peranti ini ditawarkan dengan satu pilihan memori sahaja iaitu 16GB RAM bersama storan dalaman 512GB ROM tanpa maklumat lanjut mengenai cip pemproses.

image is not available

Sistem kamera pula terdiri daripada 50MP Ultra Lighting HDR Camera (aperture F1.49~F4.0, OIS), 40MP Ultra-Wide-Angle aperture F2.2, RYYB), 50MP Telephoto Macro (aperture F2.2, RYYB, OIS), serta True-to-Colour Camera. Untuk kamera swafoto, Mate X7 dilengkapi dengan sensor 8MP bagi skrin luar dan skrin dalam. Selain itu, ia turut disokong oleh bateri 5600mAh dengan pengecasan pantas 50W melalui port USB-C.