Huawei Mate XT Ultimate Akan Ke Pasaran Global Tahun Depan

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Mate XT Ultimate ialah telefon dengan skrin trilipat pertama di dunia yang dilancarkan dua minggu lalu di China. Kini menurut laporan GSMArena, peranti ini akan turut ditawarkan ke pasaran global pada suku pertama 2025.

image is not available

Masih belum diketahui apakah “global” di sini kerana sejak sekatan dikenakan Amerika Syarikat ke atas Huawei, peranti mereka tidak lagi memasuki semua pasaran dunia. Namun begitu seperti yang telah kita lihat sejak empat tahun lalu, Malaysia sering menjadi negara terawal peranti Huawei dipasarkan selepas China. Maka kebarangkalian Mate XT Ultimate akan dijual di Malaysia adalah agak tinggi.

Mate XT Ultimate mempunyai skrin dalam saiz 6.4″, 7.9″, dan 10.2″ dari jenis OLED, dipadankan dengan cip Kirin 9010, memori 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 5600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Tri-kamera di belakang pula adalah gabungan 50MP + 12MP + 12MP dan di hadapan pula terdapat kamera 8MP untuk swafoto.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved