Huawei Mate XT Ultimate Design: Smartphone Pertama Di Dunia Boleh Lipat 3, Berharga RM14,999

TechnologyDigital
18 Feb 2025 • 6:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Perkembangan teknologi telefon pintar pada masa kini membolehkan kita melihat pelbagai jenis pilihan ‘smartphone’ yang ada di pasaran.

Jika dahulu, kebanyakan telefon pintar daripada pelbagai syarikat teknologi gergasi dunia memiliki reka bentuk yang hampir sama, jika ada perbezaan sekali pun ia tidaklah terlalu ketara.

Namun kini, syarikat-syarikat ini sudah mula bersaing dalam menghasilkan sebuah smartphone yang bukan hanya canggih, malah memiliki rekaan yang lain daripada lain.

Huawei lancar Mate XT Ultimate Design

Terbaharu, Huawei hari ini (18 Februari) melancarkan inovasi terbarunya di Malaysia iaitu Huawei Mate XT Ultimate Design yang memiliki rekaan skrin tri-lipat (tri-foldable) pertama di dunia.

Dengan rekaan bentuk yang mewah, teknologi canggih dan fungsi serba boleh, telefon ini membawa revolusi baharu dalam industri telefon pintar.

image is not available

Smartphone pertama miliki reka bentuk boleh lipat 3

Reka bentuk tri-lipat yang ada pada Mate XT Ultimate Design ini membolehkan pengguna bertukar antara mod skrin tunggal (single screen), dua dan tiga dengan mudah.

Sama ada korang memerlukan telefon kompak bagi kegunaan harian, mod dwi-skrin untuk ‘multitasking’ atau paparan besar 10.2 inci untuk kerja dan hiburan, peranti ini boleh menyesuaikan diri mengikut keperluan.

Telefon lipat tak tahan lama? Jangan risau sistem engsel berketepatan tinggi yang ada pada Mate XT Ultimate Design ini memastikan lipatan yang lancar dan tahan lama.

Bukan hanya itu, skrin fleksibel yang digunakan juga membolehkan telefon ini dilipat ke dalam dan ke luar tanpa sebarang masalah.

Reka bentuk nampak mewah dan premium

Mate XT Ultimate Design ini menampilkan reka bentuk Star Diamond dengan permukaan berkilau dihasilkan melalui proses pemotongan yang sangat teliti.

Bahagian tepi peranti ini yang licin dan melengkung juga memberikan keselesaan ketika dipegang dan terasa sangat mewah di genggaman tangan.

Peranti tri-lipat pertama ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu merah dan hitam.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Produktiviti dan multitasking mengikut mod skrin

Salah satu ciri paling menarik pada Mate XT Ultimate Design ini ialah kemampuannya untuk meningkatkan produktiviti.

  • Mod tiga skrin: Sesuai untuk menonton filem, menyunting dokumen, atau menjalankan pelbagai aplikasi serentak.
  • Mod dua skrin: Ideal untuk membaca artikel BuzzKini, mengurus e-mel, atau membuat rujukan silang antara dua maklumat.
  • Mod skrin tunggal: Pilihan terbaik untuk tugasan pantas seperti panggilan telefon, menghantar mesej, atau mengambil gambar.

Dengan paparan HUAWEI X-True, pengguna mendapat nisbah skrin 16:11 yang memastikan pengalaman visual seimbang dan imersif untuk kerja mahupun hiburan.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Kamera berkuasa dengan teknologi pengimejan canggih

Peminat fotografi juga pasti akan menyukai sistem kamera Huawei XMAGE yang ada pada Mate XT Ultimate Design ini kerana dilengkapi dengan apertur fizikal boleh laras 10 tahap.

Teknologi ini membolehkan korang menangkap gambar dari pemandangan luas sehinggalah butiran makro dengan ketajaman yang tinggi.

Selain itu, fungsi Speed Snapshot yang ada pada peranti ini memastikan anda tidak akan terlepas sebarang detik penting, dengan keupayaan menangkap objek bergerak dengan ketepatan tinggi.

Sama ada mengambil gambar anak-anak, kereta yang bergerak atau aksi sukan, kamera ini menjanjikan hasil yang memukau.

Harga dan maklumat pra-tempah

HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN kini boleh ditempah awal sehingga 14 Mac 2025 di:

  • Huawei Experience Stores
  • Laman Web Rasmi HUAWEI
  • Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee & Lazada
  • HUAWEI Official TikTok Shop

Peranti ini dijual pada harga RM14,999 sahaja dan pelanggan yang melakukan pra-tempah sekarang akan menerima waranti skrin selama satu tahun bernilai RM3,999.

Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan tawaran istimewa di laman web rasmi, Facebook, dan Instagram Huawei.

image is not available