Huawei Mate80 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia – Tempahan Awal Kini Dibuka

LocalTechnology
27 Feb 2026 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Mate80 Pro bakal dilancarkan di Malaysia selepas hampir tiga tahun menyepi menandakan kemunculan semula siri mercu Huawei di pasaran tempatan. Laman promosi rasmi telah pun diterbitkan, dan orang ramai yang berminat kini boleh membuat pratempahan awal dengan deposit RM100.

image is not available

Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 12 Mac 2026 pada jam 3 petang. Sebagai tarikan tambahan, Huawei menawarkan rebat baucar 15% untuk produk audio serta hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115. Tawaran ini menjadikan pratempahan awal ini lebih menarik, sekali gus menambah nilai kepada pengalaman pengguna yang menantikan kehadiran Mate80 Pro.

image is not available

Huawei Mate80 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED berukuran 6.75 inci 120Hz dan ketumpatan piksel 460 ppi. Ini dipadankan dengan pilihan memori 16GB RAM bersama storan dalaman 512GB. Sistem kamera belakangnya terdiri daripada kamera utama 50 MP Ultra Lighting dengan apertur boleh laras F1.4–F4.0 dan OIS, ultra lebar 40 MP serta telefoto makro 48 MP (OIS). Kamera hadapan pula beresolusi 13 MP sudut lebar bersama rakaman video sehingga 4K.

image is not available

Bateri berkapasiti 5750 mAh menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 100W manakala pengecasan nirwayar mencapai 80W dengan aksesori khusus. Peranti ini juga hadir dengan penarafan IP68/IP69 untuk perlindungan daripada air dan debu, serta menyokong Bluetooth 6.0, NFC dan menjalankan EMUI 15.0.

image is not available

Untuk maklumat lanjut termasuk harga rasmi, sama-sama nantikan pengumuman pada tarikh pelancaran kelak.