Huawei MateBook 16s Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM6799

TechnologyDigital
27 Jul 2022 • 5:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Barisan komputer riba Huawei Malaysia telah dikemaskini dengan penawaran produk baharu. Melaluinya Huawei MateBook 16s yang lengkap dengan cip Intel Gen-12, memori 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB telah diumumkan secara rasmi.

image is not available

Bagi yang berminat,ia boleh didapati di Malaysia pada harga RM6,799 dan hadiah percuma sehingga RM1700 diberikan untuk setiap pembelian. Sesi pra-tempah telah dibuka sekarang – 5 Ogos 2022 menerusi para pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

image is not available

Huawei MateBook 16s menggunakan skrin sesentuh berukuran 16-inci IPS LCD dengan resolusi 2520 x 1680 piksel. Paparan ini turut dilengkapi ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 300nits, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% dan bernisbah aspek 3:2. Ia juga hadir dengan CPU Intel Core i7-12700H dengan GPU intel Iris Xe, memori 16GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD.

image is not available

Turut melengkapi komputer riba ini ialah sistem audio yang di tala oleh Huawei Sound dan bateri 84Wh dengan pengecasan pantas 90W. Pilihan palam I/O pula terdiri dengan 2 X USB-A 3.2 Gen 1, 1 X USB-C, 1 X USB-C Thunderbolt 4, 1 X HDMI, bicu audio 3.5mm dan 2 mikrofon terbina.