Huawei MatePad 11.5″ PaperMatte Edition Ditawarkan Di Malaysia Pada RM1,999

TechnologyDigital
23 Feb 2024 • 12:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei memperkenalkan tablet baharu MatePad 11.5″ PaperMatte Edition di Malaysia. Ia ditawarkan pada RM1,999 sebuah dan boleh dipratempah bermula 23 – 29 Februari 2024. Setiap pembelian disertakan hadiah menarik sehingga RM1,147 yang termasuk Huawei MatePad Smart Keyboard, Huawei M-Pencil 2nd Generation dan Huawei Bluetooth Mouse.

image is not available

Huawei MatePad 11.5″ PaperMatte Edition dibangunkan buat mereka yang mencari tablet untuk kegunaan produktiviti dan hiburan. Seperkara yang menarik di sini skrin tablet melepasi pensijilan SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification dan TÜV Rheinland Reflection-Free Certification yang mampu melindungi mata daripada sinaran cahaya biru. Selain itu ia juga didakwa mampu mengurangkan sehingga 97% pantulan cahaya untuk mengurangkan kesan silau.

image is not available

Tunjang utama pula dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Diikuti juga bateri 7,700mAh yang boleh dicas semula melalui port USB-C. Tablet juga menyokong sambungan Wi-Fi 6, di samping mempunyai kamera utama 13MP dan swafoto sebesar 8MP. Hanya satu warna sahaja disediakan di Malaysia iaitu Space Gray.

View Original Article