Huawei MatePad 11.5″S Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
13 May 2024 • 4:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna di Malaysia dilihat akan menerima pilihan tablet baharu menerusi pengenalan Huawei MatePad 11.5″S tidak lama lagi. Namun masih tiada tarikh khusus yang didedahkan buat masa ini selain butiran spesifikasi juga tidak diperincikan secara jelas dalam pengumuman sebentar tadi. Pun begitu, ia dilihat berpotensi menawarkan spesifikasi serupa seperti yang diumumkan di Dubai tempoh hari.

image is not available

image is not available

Tablet ini menawarkan skrin IPS LCD 2.8K 144Hz bersaiz 11.5″ dengan penapis skrin matte untuk mengurangkan masalah silau. Peranti juga menggunakan memori 8GB RAM dengan storan 256GB untuk tunjang utama. Bateri 8,800 mAh juga disertakan dengan pengecasan pantas 22.5W. Cuma sayangnya butiran mengenai cip pemproses tidak pula dikongsi termasuk di laman web rasmi.

image is not available

image is not available

Sokongan stylus M-Pencil yang juga dilengkapi NearLink Starlight Wireless Connection Technology dan papan kekunci fizikal turut akan diberikan. Kemudian diikuti juga kamera utama 13MP, swafoto sebesar 8MP dan pelancar baharu HarmonyOS 4.2 sebagai pelengkap.