HUAWEI MatePad 12X – Tablet Berkebolehan Pengganti PC

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebelakangan ini kita banyak menerima kemaskini rangkaian tablet HUAWEI yang memberi fokus terhadap pengalaman mirip PC. Ia bertujuan untuk meningkatkan pilihan tablet yang tersedia untuk semua pengguna. Selain itu mempromosikan kehebatan tablet keluarannya yang mampu menjalankan pelbagai aplikasi terutamanya PC Level – WPS Office seperti Words, Excel dan Power Point. Ditambah pula dengan budaya kerja yang banyak bergerak dalam bidang kepakaran tertentu menjadikan kegunaan tablet adalah pilihan yang tepat. Selepas kejayaan melancarkan pelbagai variasi tablet berteknologi tinggi, HUAWEI kini mengumumkan sebuah lagi produk terbaru HUAWEI MatePad 12 X yang bakal menetapkan satu penanda aras yang jelas terkait dalam dunia teknologi.

image is not available
HUAWEI MatePad 12 X


Produktiviti Kerja Dipertingkatkan

HUAWEI MatePad 12 X bukan sekadar tablet biasa. Ia adalah tablet serba boleh yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan direka untuk digunakan dalam pelbagai senario. Sama ada anda memulakan hari dengan menyemak e-mel penting, bekerja dengan pelbagai aplikasi atau berehat sambil menonton video kegemaran. HUAWEI MatePad 12 X adalah teman ideal sepanjang masa yang memudahkan pelbagai situasi harian tersebut.

Kunci utama yang menjadikan HUAWEI MatePad 12 X begitu istimewa sudah tentulah tahap produktiviti yang berkebolehan PC terutamanya sokongan penuh untuk stylus, papan kekunci dan tetikus. Secara tidak langsung menawarkan fleksibiliti yang luar biasa untuk pelbagai keperluan dengan pengalaman hampir seperti menggunakan komputer riba. Diikuti juga bateri berkapasiti 10,100mAh yang besar dengan ketahanan jangka hayat yang panjang. 

image is not available
HUAWEI MatePad 12 X

image is not available
HUAWEI MatePad 12 X

Dengan tetikus anda boleh menavigasi antara aplikasi dengan cepat tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada skrin sesentuh. Ini memudahkan kerja multitasking dan pengurusan aplikasi. Selain itu menawarkan kawalan yang lebih tepat dan responsif bagi tujuan klik, seret serta pilih elemen pada skrin dengan lebih mudah. Penggunaan tetikus juga memberikan pengalaman mirip seperti komputer riba yang menjadikan HUAWEI MatePad 12 X pilihan yang sangat baik untuk tujuan tugasan produktiviti seperti pengurusan fail, membuka dua aplikasi serentak atau melakukan pelbagai tugas lain dengan lebih efisien.

Dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard pula membolehkan anda menaip dengan lebih cepat berbanding papan kekunci pada skrin. Ia juga menyediakan akses kepada pelbagai shortcut yang memudahkan kerja. Apabila disambungkan bersama tetikus tadi pula memberikan pengalaman yang sangat mirip dengan komputer riba sambil menawarkan kemudahan yang luar biasa sesuai untuk pengguna moden yang sentiasa bergerak.

image is not available
HUAWEI Smart Magnetic Keyboard

image is not available
HUAWEI Smart Magnetic Keyboard


Pengalaman Kerja Mewah

Pengalaman menggunakan HUAWEI MatePad 12 X sememangnya lebih baik dengan integrasi WPS PC-Level Office yang mantap. Aplikasi ini tersedia secara eksklusif pada tablet HUAWEI untuk memberikan pengalaman yang mirip dengan penggunaan aplikasi office pada komputer. Ia termasuk aplikasi DOC (Word) yang membolehkan anda mencipta atau menyunting dokumen dengan mudah. Antarmukanya direka mirip dengan versi dekstop yang bukan sahaja membuatkan anda lebih selesa tetapi juga boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

Anda juga boleh memilih sama ada mahu memulakan dokumen baharu atau menggunakan templat yang sedia ada. Selain itu aplikasi Words pada tablet ini turut membolehkan anda melakukan pelbagai pengubahsuaian format teks dan menambah gambar untuk menghasilkan dokumen yang lebih menarik. Dalam masa sama menyokong pelbagai format seperti .doc, .docx, dan PDF yang bermakna anda boleh membuka, menyunting dan menyimpan dokumen dalam format yang berbeza tanpa masalah.

image is not available
DOC di WPS PC-Level Office

image is not available
DOC di WPS PC-Level Office

image is not available
DOC di WPS PC-Level Office

Melalui PowerPoint di PC-Level WPS pula membolehkan anda membuat pembentangan yang profesional dan menarik dengan mudah. Terdapat beberapa templat terbina disediakan untuk tujuan menjimatkan masa dalam proses penghasilan pembentangan sambil memastikan hasil yang tetap professional. Selain itu anda boleh menambah teks pada perbintangan untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci. Diikuti dengan keupayaan menambah kesan animasi pada setiap teks untuk memberi penekanan terhadap sejumlah maklumat penting lalu membantu khalayak memahami topik anda dengan lebih baik dan berkesan.

image is not available
PowerPoint di PC-Level WPS

image is not available
PowerPoint di PC-Level WPS

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang disebutkan, PC WPS Office pada tablet HUAWEI juga menyokong Excel yang membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan pengurusan data dengan mudah. Ini termasuk mencipta formula, menghasilkan carta dan graf untuk persembahan data lebih jelas, serta melakukan analisis mendalam. Ia juga menyokong pelbagai format fail bagi memastikan fleksibiliti dalam pengurusan data.

Dengan sokongan tersebut anda boleh membuka, menyunting dan menyimpan dokumen dalam pelbagai format seperti .xls, .csv, .ods dan sebagainya. Lebih menariknya apabila kesemua dokumen dalam Words (DOC), PowerPoint dan Excel tadi boleh disimpan dan diselaraskan dengan pelbagai perkhidmatan awanan yang disokong secara automatik bagi memastikan tiada kerja yang hilang akibat gangguan tidak dijangka.

image is not available
Excel di PC-Level WPS


Kesan Lukisan Realistik 

Penggunaan paparan LCD pula bukan sahaja membolehkan tablet ini mempunyai paparan yang jelas dan tajam. Malahan x juga nampak lebih cantik bersama hitam pekat dan sudut tontonan lebih baik. Anda juga kena tahu yang skrin ini bukanlah biasa-biasa kerana dilengkapi teknologi Ultra-Bright Paper Matte Display, dan sememangnya dicipta dengan mengambil kira keperluan kebanyakan pengguna masa kini. Bagi menyakinkan pengguna tentang kualiti tadi HUAWEI MatePad 12X juga melepasi beberapa persijilan khusus yang termasuk SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification dan TUV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification.

Selain itu mempunyai resolusi tinggi 2.8K 144Hz yang juga dapat memastikan setiap adegan tetap jelas dan tajam berbanding tablet biasa lain. Dengan skrin 12-inci pula menyediakan ruang kerja yang luas dan selesa bermakna pelbagai tugas boleh dilakukan dengan lebih cekap termasuk membuka berbilang aplikasi serentak dan lain-lain. Ia juga menyokong kecerahan puncak 1000 nits’ yang bermakna bahawa tablet ini mampu meningkatkan kecerahan paparan supaya kandungan yang dipaparkan kelihatan lebih jelas.

image is not available
HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3 (NearLink)

Menggunakan HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3 (NearLink) turut meningkatkan lagi pengalaman menggunakan tablet baharu HUAWEI ini. Ia boleh dilekatkan secara magnetik pada sisi tablet bagi tujuan simpanan yang selamat dan dicas semula. Selain itu mempunyai latensi ultra rendah dengan tahap pengesanan tekanan sehingga 10,000. Ini bermakna proses menulis bahkan melukis boleh menjadi lebih efisien tanpa gangguan terutama dalam HUAWEI Notes.

Menulis nota juga lebih mudah dengan HUAWEI Notes pada HUAWEI MatePad 12X melalui beberapa ciri unggul yang memudahkan pengguna. Misalnya anda boleh memainkan semula Audio Notes yang direkodkan dalam HUAWEI notes untuk mendengar maklumat penting yang mungkin terlepas. Selain itu menambah komen atau penjelasan pada bahagian tertentu dalam rakaman video, serta mengubahsuai teks transkripsi untuk menjadikannya lebih jelas.

image is not available
HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3 (NearLink)

Seperti biasa juga HUAWEI MatePad 12 X turut menyokong aplikasi GoPaint yang menyediakan pelbagai alat melukis untuk berbagai gaya. Ia semestinya boleh memberikan pengalaman melukis secara digital yang unik dan berbeza daripada melukis secara biasa. Malahan kini terdapat juga lebih daripada 150 jenis berus (termasuk berus baharu seperti Fluid & Splatter Brush Effect) serta mencapai 655 jenis layer yang boleh digunakan dalam GoPaint.

image is not available
Aplikasi GoPaint

image is not available
HUAWEI Notes


Anggun, Kemas Dan kukuh

Tablet premium selalunya dikaitkan dengan reka bentuk yang baik, ringan dan nipis, di samping menyediakan pengalaman penggunaan lebih menyeronokkan. Ia juga direka dengan teliti bagi memberikan pengalaman penggunaan terbaik untuk pengguna. HUAWEI MatePad 12 X misalnya, ia menggunakan bahan premium yang bukan sahaja cantik tetapi juga berkualiti tinggi. Ia benar-benar menonjol dengan kemasan Clear Cut Lines dan Glossy Glided Bezel yang meningkatkan lagi rupa serta fungsi tablet ini.

Rekaan dengan garisan yang jelas ini menjadikannya lebih selesa digunakan untuk jangka masa panjang. Bingkai berkilat yang sedikit melengkung juga memberi dimensi tambahan kepada reka bentuk tablet lalu menjadikannya lebih menarik untuk dilihat dari pelbagai sudut. HUAWEI MatePad 12 X juga nipis dan ringan yang sangat mudah dibawa ke mana-mana. Ini penting bagi pengguna yang sering bergerak atau menggunakan tablet untuk jangka masa yang panjang.

image is not available
HUAWEI MatePad 12 X

image is not available
HUAWEI MatePad 12 X

Dapatkan Sekarang!

Dapat disimpulkan disini HUAWEI MatePad 12X adalah sebuah tablet serba boleh yang menawarkan pengalaman yang mirip dengan PC. Ia juga boleh dijadikan salah satu pilihan yang baik bagi mereka yang mencari tablet serba boleh untuk memenuhi keperluan harian di mana-mana sahaja. Bateri 10,100 mAh yang besar juga memberi jaminan kegunaan yang panjang tanpa perlu dicas dengan kerap. Anda bayar harga untuk tablet tetapi boleh dapat sekali aksesori berkebolehan pengganti PC. Sebagai tambahan HUAWEI App Gallery pada tablet ini turut menawarkan pelbagai aplikasi yang dapat memberi manfaat dalam aspek kehidupan harian kita.

image is not available

Jangan lupa dapatkan satu sekarang pada harga RM2,999 (12/256GB) dengan pilihan warna Green dan White, serta nikmati juga hadiah menarik mencapai RM2,624 yang menanti anda! Termasuklah HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Mouse, HUAWEI Freebuds 5, HUAWEI Backpack dan jaminan perlindungan skrin selama setahun. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePad 12X, anda boleh kunjungi laman web rasmi HUAWEI Malaysia.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia