Huawei MatePad Pro 13.2 (2025) Dilengkapi Dengan Skrin 2.8K 144Hz Dan Bateri 10,100 mAh

TechnologyDigital
27 Nov 2024 • 2:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancaran di China semalam turut menyaksikan kemunculan tablet generasi baharu Huawei MatePad Pro 13.2 (2025). Tarikan utama pada tablet tentulah paparan yang lebih besar dan prestasi lebih baik berbanding generasi sebelum. Selain itu menyediakan skrin dengan permukaan bertekstur dan lapisan anti-silau untuk pengalaman paparan seakan kertas.

image is not available

Menyentuh aspek spesifikasi, MatePad Pro 13.2 (2025) menggunakan skrin fleksibel OLED sebesar 13.2-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ia sedikit lebih besar berbandung pendahulunya MatePad Pro 12.2″ (2024) yang mempunyai skrin sebesar 12.2-inci. Turut disokong ialah nisbah skrin-ke-badan 94%, resolusi 2880 × 1920 piksel dan kecerahan puncak maksimum 2000nits. Sekali lagi Huawei tidak mendedahkan butiran cip pemprosesan namun memori 12GB RAM dan storan mencapai 1TB digunakan.

image is not available

Selain itu dilengkapi bateri dwi-sel mencapai 10,100mAh dengan sistem pengecasan pantas 100W melalui port USB-C. Apabila kehabisan bateri boleh dicas semula pula sepenuhnya dalam masa kurang satu jam. MatePad Pro 13.2 (2025) juga menyokong stylus Huawei M-Pencil (3rd generation) di samping Fangtian Painting Engine 2.0 untuk pengalaman kerja dan melukis lebih kreatif.

image is not available

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera utama 13MP, swafoto sebesar 16MP, empat pembesar suara dengan Huawei Sound dan pengimbas cap jari sisi. Harga jualan rasmi adalah bermula RMB5199 (~RM3,185) RMB5699 (~RM3,492), RMB5799 (~RM3,553) dan RMB6299 (~RM3,860) sebuah.