Huawei MatePad Pro Berikan Pengalaman Hiburan Sinematik Dan Tingkatkan Produktiviti

Digital
18 Dec 2022 • 11:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Huawei MatePad Pro - Gambar ihsan Huawei.com

Edisi terkini MatePad Pro memperlihatkan penambahbaikkan dari segi reka bentuk luaran, kualiti skrin, pengalaman audio visual, perisian, dan perkakasan. Menampilkan saiz skrin 12.6 inci, tablet ini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM4,299 mulai 15 Disember 2022. 

Bagi penggemar gadjet tablet, jenama Huawei mengeluarkan tablet ini bagi memperbesarkan lagi tambah nilai jenama dalam memberi pengalaman hiburan sinematik dan pertingkatkan produktiviti pengguna.

MatePad Pro terbaharu ini didatangkan dengan reka bentuk estetik dan ergonomik yang menarik. Dengan inspirasi yang diperoleh daripada tablet HUAWEI 12.6 inci yang sebelumnya, ia memiliki kadar segar semula sehingga 120 Hz untuk meningkatkan lagi pengalaman menonton dan kelancaran ketika menggunakannya. 

image is not available
MatePad Pro terbaharu ini didatangkan dengan reka bentuk estetik dan ergonomik yang menarik

Selain itu,Teknologi Universal Colour Consistency diguna pakai bagi membolehkan paparan yang konsisten pada semua peranti HUAWEI. 

Tablet ini juga telah dianugerahkan Pensijilan 3.0 TÜV Rheinland Full Care Display dan dilengkapi keupayaan perlindungan cahaya biru untuk memastikan mata pengguna tidak sakit dan pening.

Bahkan, ia dilengkapi sistem audio HUAWEI SOUND® dengan lapan pembesar suara yang mampu menghasilkan audio visual sinematik yang mengagumkan. 

Pembesar suara yang tersedia menawarkan frekuensi tinggi dan rendah yang dioptimumkan mengikut empat mod iaitu untuk mendengar muzik, menonton filem, pendidikan atau kelas dalam talian, dan tujuan gaming.

HUAWEI terus membuat evolusi terhadap model ini dengan memperhalusi ekosistemnya untuk menawarkan pengalaman bekerja menggunakan tablet. App Multiplier dan Multi-Window yang dipertingkatkan merupakan ciri-ciri yang dapat memanfaatkan pengguna. 

image is not available
MatePad Pro menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3, menampilkan skrin utama yang lebih pintar dengan rekaan skrin dan widgets yang boleh disesuaikan

Dengan sentuhan skrin yang cepat dan mudah, pengguna boleh membuka 2 aplikasi secara bersebelahan dalam satu masa. Buat masa sekarang, Multi-Window menyokong 4 tugas secara maksimum, termasuk 2 tetingkap bersebelahan dan 2 tetingkap terapung.

Ia juga turut  menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3, menampilkan skrin utama yang lebih pintar dengan rekaan skrin dan widgets yang boleh disesuaikan.

Selain itu, MatePad Pro juga telah dipertingkatkan dengan aplikasi Notes yang dibina oleh HUAWEI menawarkan pilihan kertas dan berus, serta pelbagai alatan tipografi untuk memudahkan cacatan dan pengeditan harian. Take Snippet pula membenarkan pengguna memetik teks daripada gambar yang menjadi salah satu ciri yang sangat berguna untuk pengguna peranti pintar hari ini.

Oleh itu, pengguna tablet mungkin boleh mencuba untuk menukar kepada model ini kerana penulis merasakan Huawei telah mempertingkat kualiti dengan pelbagai ciri-ciri yang ada. Dengan harga yang ditawarkan, tablet ini berbaloi untuk dimiliki sama ada penggunaan untuk berosial mahupun sebagai gadjet untuk bekerja.- Getaran 18  Disember 2022