Sebagai tambahan untuk acara pelancaran hari ini, Huawei Malaysia turut memperkenalkan tablet baharu iaitu MatePad SE 10.4-inci. Ia merupakan sebuah tablet yang memfokuskan terhadap produktiviti dan hiburan. Untuk harga jualan, tablet ini ditawarkan pada RM999 (4GB/64GB) LTE dan ketersediaannya adalah bermula bulan Disember akan datang.

Huawei MatePad SE 10.4″ dilengkapi skrin 10.4-inci IPS LCD beresolusi 2K dan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri berkapasiti 5100mAh. Konfigurasi kamera utama adalah 5MP dengan kebolehan merakam video mencapai FHD 1080P. Kamera swafoto pula sebesar 2MP, di samping turut memuatkan sokongan bluetooth 5.0, port USB-C, dwi-pembesar suara dengan audio Huawei Histen 8.0 dan menjalankan HarmonyOS 3.0.
