Huawei Melancarkan Komputer Skrin Boleh-Lipat MateBook Fold Ultimate Design

TechnologyDigital
19 May 2025 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei MateBook Fold ULTIMATE DESIGN baru sahaja dilancarkan di China. Ia membawakan konsep komputer riba boleh lipat ke tahap baharu dengan skin OLED fleksibel 18″ yang boleh dilipat menjadi 13″ Dengan resolusi 3.3K, kadar segar semula 144Hz, dan kecerahan puncak 1600nits, paparan ini sudah pastikan mampu memberikan pengalaman visual yang baik dalam kelasnya.

image is not available

Dari segi binaan, ia ringan dengan berat hanya 1.16kg dan ketebahalan 7.3mm apabila dibentangkan. Engsel Basalt Waterdrop yang digunakan bukan sahaja boleh menjadikannya tahan lasak tetapi juga membolehkan lipatan sehingga 180 darjah. Walaupun spesfikasi CPU tidak didedahkan, ia hadir dengan pilihan memori sehingga 32GB RAM dan storan dalaman sehinag 2TB SSD.

image is not available

MateBook Fold juga dilengkapi dengan enam pembesar suara berteknologi HUAWEI Sound serta menjalankan HarmonyOS 5 (Harmony NEXT) yang menyokong ciri seperti Cross-axis interaction, Window zoom, dan Virtual keyboard. Ia juga membolehkan integrasi mudah dengan telefon dan tablet melalui HUAWEI Share yang kini empat kali lebih pantas.

View Original Article