Huawei Menambah Ciri Tempahan Seru-Pandu Pada HarmonyOS 3

TechnologyDigital
29 Jul 2022 • 7:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Grab Rent

Huawei kini menambah sebuah ciri baharu pada HarmonyOS 3, dinamakan sebagai Petal Chuxing. Ia meneruskan penawaran sejumlah perkhidmatan dibawah Petal sebelum ini pada sistem operasi terbaru Huawei, seperti Petal Maps, Petal Search dan lain-lain.

image is not available

Melalui ciri Petal Chuxing ini, ia beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti atau aggregator – membolehkan pengguna membuka aplikasi tersebut, dan melakukan tempahan kenderaan seru-pandu. Perkhidmatan ditawarkan oleh sejumlah penyedia sedia ada – dan Huawei memudahkan proses tempahan dan perbandingan terus melalui aplikasi Petal Chuxing ini.

Buat masa ini, ciri ini terhad di China sahaja, dan hadir sebagai sebahagian daripada sistem operasi HarmonyOS 3 yang baharu.

Huawei dijangka menawarkan HarmonyOS 3 kepada peranti bermula September kelak.