Huawei Nova 10 Akan Dilancarkan Di China Pada 4 Julai

TechnologyDigital
24 Jun 2022 • 5:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Enggan terus berteka-teki, tarikh pelancaran rasmi untuk Huawei Nova 10 akhirnya didedahkan menerusi salah satu perkongsian terkini di Weibo. Ia dijadualkan berlangsung di China pada 4 Julai 2022.

image is not available

Reka bentuk peranti turut diperlihatkan dengan panel belakang yang dilengkapi moduk kamera berbentuk bujur. Seterusnya, sistem tri-kamera digunakan padanya dan salah satu lensa dihiasi dengan gelung warna emas. Turut boleh dilihat, kamera utama 50MP yang menggunakan sensor RYYB turut disertakan pada peranti.

Konfigurasi untuk dua lagi sensor masih tidak diketahui buat masa ini. Seperti biasa, segala persoalan mengenai peranti bakal terjawab sepenuhnya selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved