Huawei Nova 10 Mungkin Menggunakan Kamera Utama 50MP

TechnologyDigital
23 Jun 2022 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Berita mengenai kewujudan Huawei Nova 10 telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu. Ia bakal menjadi model kemas kini untuk siri berkenaan dan dikhabarkan hadir dengan sejumlah penambah-baikan lebih menarik.

image is not available

Seperti pendahulunya tumpuan utama peranti sudah semestinya terletak pada kebolehan fotografi yang baik. Peranti dikatakan hadir dengan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor RYYB. Melaluinya, ia dikhabarkan mampu menghasilkan penggambaran cukup menakjubkan. Sekaligus kita boleh menyasarkan yang mana peranti kelak akan mempunyai prestasi pengimejan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Buat masa ini, belum ada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti. Namun begitu, kita boleh menyasarkan ia bakal diadakan dalam masa terdekat ini berikutan tertirisnya poster iklan yang menunjukkan peranti dengan dengan lebih dekat.

image is not available

Melaluinya, ia menunjukkan peranti lengkap dengan skrin hadapan melengkung bersama sokongan dwi kamera swafoto. Panel belakang pula didatangkan dengan modul kamera berbentuk bujur dan sistem tri-kamera yang disusun secara menegak. Turut kelihatan, salah satu daripada lensa bersaiz besar dengan kemasan bulat berwarna perak yang menghiasinya.

View Original Article