Huawei Nova 12i tiba, ahli termurah dengan kamera 108MP, skrin LCD dan pengecas 40W

Digital
26 Mar 2024 • 2:22 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei Malaysia telah melancarkan telefon pintar siri Nova 12 ke Malaysia. Terdapat tiga model dalam keluarga ini iaitu Nova 12s, Nova 12 SE dan Nova 12i. Walaupun nama keluarga yang sama, ketiga-tiga model ini memiliki rekaan yang jauh berbeza.

Nova 12i merupakan ahli terbawah dalam keluarga Nova 12. Berbanding dua abangnya, Nova 12i ada bateri 5000mAh tetapi pengecas lebih perlahan. Seperti biasa, peranti Huawei masih tidak menyokong perkhidmatan Google dan tiada Google Playstore.

Harga dan Ketersediaan Nova 12i

Sebagai peranti terbawah dalam keluarga, harga untuk Nova 12i paling murah dalam keluarga Nova 12. Harga rasminya di Malaysia adalah:

  • Huawei Nova 12i (RAM 8GB + Storan 256GB) RM1,299

Huawei Malaysia turut menyediakan promosi tempahan awal untuk Nova 12i. Dari sekarang hingga 20 April 2024, pembeli Nova 12i akan mendapat hadiah bernilai sehingga RM308 iaitu jam Huawei Band 8 dan pakej hadiah Huawei.

Kepada yang berminat, tempahan awal boleh dibuat di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei Nova 12 SE

Selain tidak boleh menggunakan Google, peranti Huawei masih dibelenggu sekatan 5G. Bagi Nova 12i, ia dikuasakan cip Snapdragon 680 4G 6nm, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ini adalah prestasi kelas pertengahan atas, tetapi menggunakan cip yang agak lama.

Huawei menggunakan skrin LCD untuk Nova 12i seluas 6.7-inci. Ia ada resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran cuma 90Hz. Pengimbas capjari pula di dalam butang skrin di sisi.

Nova 12 SE menampilkan kamera hadapan 8MP F2.0, terletak dalam lubang kecil di dahi skrin. Di belakang, ia ada dua kamera gandingan kamera utama 108MP F1.9 dan kamera makro 2MP F2.4.

Berbeza dengan Nova 12s dan Nova 12 SE, telefon Nova 12i memiliki bateri besar 5,000mAh. Tetapi ia menyokong kuasa pengecas lebih rendah, hanya 40W. Kepala pengecas 40W dan kabel USB-C ada disediakan dalam kotak.

Telefon ini dilengkapi NFC, WiFi 5 dan Bluetooth 5.0. Nova 12i juga menggunakan sistem operasi EMUI 14, masih tiada HarmonyOS.

Huawei menyediakan dua warna untuk Nova 12i iaitu hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Nova 12i.

Bacaan Berkaitan