Huawei Nova 13i Berharga RM1,299 Di Malaysia

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 4:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara pelancaran hari ini turut menyaksikan Huawei tampil memperkenalkan Nova 13i. Ia boleh menjadi alternatif lebih mampu milik berbanding dua peranti Nova 13 yang lain. Selain itu memberi tumpuan terhadap pengguna kasual dan dilihat agak serupa dengan Nova 12i dalam aspek rekaan.

image is not available


Butiran mengenai peranti agak terhad di mana ia tampil dengan skrin sebesar 6.7-inci, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB, kamera utama 108MP, bateri 5000mAh dan sistem pengecasan 40W. Harga jualan rasmi adalah RM1,299 dan setiap pembelian didatangkan dengan pelbagai aksesori termasuk Huawei Scale 3 dan pelan eksklusif AppGallery secara percuma.

View Original Article