Huawei Nova Flip S Kini Rasmi – Kamera 50MP Dan Bateri 4400mAh

TechnologyDigital
17 Oct 2025 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Nova Flip S telah dilancarkan secara senyap sebagai model telefon boleh lipat lebih mampu milik. Ia mengekalkan rekaan asal Nova Flip dengan pilihan warna ceria seperti hijau, kelabu, merah jambu, biru dan dua variasi hitam.

image is not available

Nova Flip S dilengkapi dengan skrin luar berukuran 2.14 inci dan skrin dalam sebesar 6.94 inci. Kedua-dua paparan ini menggunakan panel OLED FHD+ dengan resolusi 2690 × 1136 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Maklumat cip pemprosesan tidak didedahkan namun peranti ini hadir dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

image is not available

Nova Flip S menjalankan Harmony OS 5.1 yang menawarkan pelbagai ciri pintar untuk pengalaman pengguna yang lebih menarik. Ia dilengkapi dengan kamera belakang 50MP dan 8MP ultra lebar, serta kamera hadapan 32MP. Peranti ini juga mempunyai bateri 4400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W melalui port USB-C.