Huawei P60 Pro Malaysia: Kamera dengan teknologi XMAGE pada harga bermula RM4,699

Digital
11 May 2023 • 6:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei hari ini mengumumkan beberapa produk baharu untuk pasaran Malaysia. Salah satu daripadanya adalah telefon berkelas flagship siri Huawei P60 Pro yang menduduki slot flagship jenama itu untuk tahun 2023.

Harga Huawei P60 Pro di Malaysia

Huawei P60 Pro ditawarkan dalam dua variasi dalam pasaran Malaysia. Berikut adalah harga jualannya dalam pasaran kita:

  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM4,699
  • RAM 12GB + Storan 512GB – RM5,499

image is not available

Telefon ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Rococo Pearl dan Black. Sesi tempahan sudahpun dibuka sekarang dan penampah awal bakal menerima pemberian bernilai sehingga RM1,460. Buat yang berminat, tempahan boleh dilakukan di laman dalam talian Huawei Malaysia, Lazada, Shopee, dan semua pengedar sah jenama Huawei seperti Senheng, senQ, Harbey Norman, dan Urban Republic.

Spesifikasi Huawei P60 Pro

Huawei P60 Pro adalah sebuah telefon dengan panel paparan sebesar 6.67" beresolusi 2700 x 1200 (FHD+). Panel paparan generasi ini lebih besar 1% berbanding 6.60" pada P50 Pro tempoh hair. Panel yang diguna pakai adalah LTPO OLED yang memiliki kadar segar semula dinamik antara 1 hingga 120Hz.

image is not available

Atas papan utama, flagship Huawei tahun 2023 ini ditunjangki cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 tanpa sebarang sambungan 5G. Cip ini agak berusia kerana sudahpun diguna pakai oleh flagship tahun 2022 lalu. Namun, ia masih boleh dikatakan mampu bersaing dengan Snapdragon 8 Gen 2.

Bersama-sama dengan cip pemrposes yang sudah berusia itu, Huawei memadankannya pula dengan RAM 12GB beserta storan 512GB. Ia adalah konfigurasi tertinggi yang boleh didapati untuk pasaran Malaysia.

image is not available

Kamera adalah bahagian yang ingin sangat ditekankan oleh Huawei untuk P60 Pro. Telefon ini dilengkapi sistem trikamera belakang dan satu kamera depan. Bermula dari belakang, ia ada kamera utama 48MP dengan apertur boleh laras dalam julat F1.4 hingga F4.0 dan ia turut dilengkapi OIS. Kamera kedua adalah kamera ultralebar 13MP dengan bukaan apertur F2.2 dan yang terakhir adalah kamera telefoto 48MP F2.1 yang juga ada OIS untuk gambar yang bebas gegaran.

Untuk gambar selfie, tugasan tersebut digalas oleh kamera 13MP F2.4.

image is not available

Huawei P60 Pro dihidupkan oleh sistem bateri berkapasiti 4,185mAh. Telefon ini menyokong sistem pengecasan pantas 88W Huawei SuperCharge dan Wireless Huawei SuperCharge 50W.