Huawei Pocket S2 Dijangka Mengekalkan Rekaan Terdahulu

TechnologyDigital
7 Feb 2024 • 4:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masih ingat dengan Huawei Pocket S? Sebuah peranti skrin boleh-lipat seakan P50 pocket tetapi menyokong spesifikasi lebih rendah melalui cip Snapdragon 778G? Ia dijangka akan dikemaskini dengan dengan generasi baharu yang mungkin dipanggil sebagai Huawei Pocket S2.

image is not available

Rekaannya dijangka masih sama dengan model terdahulu namun akan diberi peningkatan. Misalnya seperti penggunaan sistem tri-kamera utama, yang juga dimuatkan ke dalam dua bonggol kamera lebih besar berbanding Pocket S asal. Selain itu, peranti turut dijangka boleh diumumkan dalam versi lebih premium Pro Art.

image is not available

Sokongan 5G juga dipercayai menyokong peranti ini melalui cip Kirin 9000s, dan bateri pula sebesar 4,520mAh dengan sistem pengecasan pantas 66W. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung dakwaan ini justeru lebih baik dianggap hanya ura-ura sahaja.