Huawei Pura X Max Dengan Skrin Lipat Lebar Akan Dilancarkan 20 April

TechnologyDigital
14 Apr 2026 • 7:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain siri Pura 90 Pro, Huawei juga akan melancarkan peranti lipat skrin lebar Huawei Pura X Max pada 20 April depan. Berdasarkan imej yang dikongsi sendiri oleh Huawei, Huawei Pura X Max ialah peranti dengan skrin luar yang lebar dan skrin dalam dengan nisbah 16:10.

image is not available

Ini menjadi peranti kedua selepas Huawei Pura X dengan rekaan skrin lipat lebar keluaran mereka. Ura-ura mengatakan skrin luar adalah sebesar 5.5″ manakala skrin dalaman pula sebesar 7.69″ inci. Selain itu adalah dipercayai peranti ini akan turut dilengkapi cip Kirin 9030 dan bateri 6000 mAh.

image is not available

Yang membezakan Pura X Max dengan telefon skrin lipat lebar yang akan dikeluarkan Samsung dan Apple ialah, peranti ini akan dilengkapi tri-kamera utama di belakang. Dua lukisan CAD untuk iPhone Ultra dan Z Fold8 Wide menunjukkan dua peranti ini hanya dilengkapi dwi-kamera di belakang.

Maklumat lebih lanjut peranti ini akan diketahui apabila ia dilancarkan minggu depan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved