Huawei Sedang Membangunkan Sensor Kamera Sendiri

TechnologyDigital
7 May 2025 • 2:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak dikenakan pelbagai sekatan teknologi oleh Amerika Syarikat, Huawei terpaksa membangunkan teknologi sendiri sehingga menyebabkan peranti yang ditawarkan tidak begitu berkuasa berbanding peranti pesaing. Perlahan-lahan mereka bangkit semula dan kini status mereka sebagai antara pengeluar peranti terbesar di China berjaya dikembalikan.

image is not available

Kini muncul laporan Huawei sedang membangunkan dua sensor kamera keluaran sendiri. Dua sensor yang dihasilkan menggunakan kod nama SC5A0CS dan SC590XS dengan ia mungkin untuk peranti Huawei Pura 80 Ultra yang akan dilancarkan kelak.

SC5A0CS ialah sensor 50MP sebesar 1″ dengan ia mengekalkan sistem RYYB yang digunakan Huawei bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik. Sebuah teknologi baharu menggabungkan tiga gambar menjadi satu juga disokong sensor ini bagi memberikan julat dinamik lebih baik berbanding sistem sedia ada.

Sementara itu SC590XS pula dipercayai ialah sensor 50″ sebesar 1/1.3″ inc” yang dibangunkan untuk lensa telefoto. Pembangunan sensor sendiri ini mungkin dilakukan untuk memastikan ia paling serasi dengan perisian yang dibangunkan. Ia turut mungkin persediaan sekiranya sekatan dikenakan menyebabkan akses kepada sensor keluaran Sony dan Samung pula dihalang.