Huawei Smart Vision VR Glass Dilengkapi Dengan Skrin Mikro LED

TechnologyDigital
15 Nov 2022 • 12:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Smart Vision VR telah diumumkan di China sekaligus menjadi penawaran baharu untuk cermin mata pintar daripada jenama berkenaan. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik, di samping turut boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapatkan pengalaman realiti maya yang baik.

image is not available

Huawei Smart Vision VR Glass dilengkapi teknologi skrin mikro LED yang diiklankan serupa dengan skrin maya yang luas mencapai 120 darjah. Ia kemudiannya dipadankan dengan beberapa ciri tambahan lain yang merangkumi kebolehan binokular beresolusi FHD+ dengan kecerahan puncak mencapai 480nits. Selain itu, ia juga mempunyai sokongan untuk gamut warna 90% dan melepasi pensijilan cahaya biru rendah Jerman Rheinland.

image is not available

Turut disertakan adalah pembesar suara kecil, di samping ruang plug-in yang boleh ditemui pada tangkai di tepi sebelah kiri. Selain itu, ia juga mempunyai kanta dengan kebolehan melaras sehingga 500 darjah yang dikhususkan buat pengguna yang mempunyai masalah rabun dekat. Untuk makluman, cermin mata ini tidak mempunyai sebarang CPU dan storan terbina, sebaliknya ia perlu disambungkan secara berwayar telefon pintar, tablet atau PC.

image is not available

Ketahanan baterinya pula adalah bergantung kepada jangka hayat peranti yang disambungkan pada cermin mata pintar ini. Tiada maklumat mengenai harga jualan yang didedahkan setakat ini. Dalam masa sama, penawarannya juga adalah terhad untuk pasaran China sahaja setakat ini.