Huawei Watch Fit 3 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM599

TechnologyDigital
13 May 2024 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei hari ini turut mengumumkan ketersediaan rasmi peranti boleh pakai baharu Watch Fit 3 di Malaysia. Peranti mencuri perhatian melalui reka bentuk lebih moden yang menyerupai seutas jam tangan keluaran Apple. Selain turut boleh memantau kesihatan lebih peka melalui sokongan sensor terkini.

image is not available

image is not available

Watch Fit 3 menggunakan muka segi empat sama dengan sisi yang melengkung. Ini digabung pula dengan kerangka sejenis aloi aluminium pada ketebalan 9.9mm. Ia juga ringan dengan berat hanya 26g dan hanya ditawarkan dalam satu saiz iaitu 43mm. Pilihan tali pula terdiri dengan fluoroelastomer, nilon dan kulit yang diberikan enam pilihan warna. Ia termasuk White (Leather), Grey, White, Green, Pink dan Black.

image is not available

image is not available

image is not available

Seterusnya skrin AMOLED 1.82-inci digunakan menyokong kecerahan puncak menjangkau 1000 nits. Kemudiannya diikuti dengan resolusi 480 × 408 piksel dan kadar segar semula 60Hz. Sensor kesihatan dan kecergasan terbina disediakan boleh memantau denyutan jantung, oksigen dalam darah, pola waktu tidur, tahap kesuburan wanita dan sebagainya. Sebanyak 100 mod sukan juga disokong dengan kemampuan mengesan aktiviti secara automatik.

image is not available

image is not available

Terdapat piawaian kalis air 5ATM yang bermakna boleh dibawa berenang dengan kedalaman kurang 50 meter. Bateri 400mAh digunakan pula boleh berfungsi menjangkau 10 hari maksimum. Kelebihan diberikan pada versi kulit yang menyokong NFC bagi tujuan memudahkan pembayaran secara nirwayar.

Huawei Watch Fit 3 dijual di Malaysia dengan harga bermula RM599 untuk tali jenis fluoroelastomer. Sementara itu versi nylon dan kulit pula berharga RM699 seutas. Pratempahan dibuka sekarang hingga 17 Mei 2024 dengan peluang menerima baucar RM30 berserta hadiah eksklusif bernilai RM89.