Huawei Watch Fit Special Edition Berharga RM399 Di Malaysia – Pratempahan Dibuka Bermula 1 Ogos

TechnologyDigital
25 Jul 2023 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei kini meluaskan lagi portfolio gelang pintarnya di Malaysia dengan memperkenalkan Watch Fit Special Edition. Berharga RM399 seutas, anda yang berminat boleh membuat pratempah bermula 1 Ogos dan baucar sebanyak RM20 turut boleh ditebus melaluinya. Promosi bagaimanapun terhad sehingga 7 Ogos akan datang menerusi pembelian secara dalam talian.

image is not available

Huawei Watch Fit Special Edition kelihatan serupa dengan sejumlah gelang tangan pintar Huawei yang lain. Ia mempunyai skrin hadapan segi empat bersama tali silikon yang boleh dipilihan dalam tiga warna, sama ada Starry Black, Nebula Pink dan Forest Green. Skrin adalah sejenis AMOLED 1.64-inci beresolusi 456 X 280 piksel yang juga boleh digunakan secara sesentuh dan butang di sisi untuk kawalan.

image is not available

Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan standard juga disediakan yang merangkumi status perubahan kadar jantung, pola waktu tidur dan banyak lagi. Sokongan GPS terbina juga telah disertakan, di samping turut boleh menerima panggilan dan teks masuk.

Namun kegunaannya agak terhad memandangkan tidak boleh menjawab panggilan tersebut. Bateri disertakan pula sehingga 3 hari dalam mod jam tangan pintar dan meningkat menjadi 6 hari bagi penggunaan berkala.

View Original Article