Huawei Watch GT Cyber Boleh Dipratempah Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

TechnologyDigital
7 Apr 2023 • 5:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei hadir dengan penawaran jam tangan pintar baharu buat pengguna di Malaysia menerusi Watch GT Cyber. Ia menarik dengan mekanisme jam boleh ditanggalkan seumpama seutas Casio G-Shock GA-B001. Bagi yang berminat, harga jualan bermula RM999 untuk Sport Edition Midnight Black dan RM1,099 pula Urban Edition Golden Black. Sesi pratempah telah dibuka sehingga 14 April 2023 secara eksklusif melalui Urban Republic. Seterusnya, ia turut boleh dibeli di kedai rasmi bermula pertengahan April akan datang.

image is not available

Huawei Watch GT Cyber menggunakan skrin AMOLED sesentuh sebesar 1.32-inci (466 X 466 piksel). Ia juga boleh melakukan penjejakan nadi, sistem GPS, mengesan pola tidur, menjejak aktiviti sukan. Kemudian, sokongan pembesar suara dan mikrofon terbina pula membolehkan panggilan dilakukan apabila perlu. Sistem operasi HarmonyOS turut digunakan tetapi peranti boleh ditambat pada telefon pintar HarmonyOS, Android dan iOS. Seterusnya ia juga mempunyai bateri 292mAh yang boleh bertahan sehingga 7 hari dan melepasi pelindungan kalis air 5ATM.