Huawei Watch GT Cyber Dan MatePad 11″ 2023 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 April

TechnologyDigital
1 Apr 2023 • 2:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perkembangan teknologi kini menyaksikan pelbagai jenis jam tangan pintar dan tablet yang dihasilkan untuk kemudahan pengguna. Ia bukan sahaja menawarkan reka bentuk dan ciri yang unik, malahan pengeluar turut menampilkan pelbagai fungsi canggih melaluinya.

image is not available

Misalnya seperti Huawei Watch GT Cyber yang dilengkapi mekanisme jam boleh ditanggalkan seumpama seutas Casio G-Shock GA-B001. Begitu juga dengan tablet generasi baharu Huawei MatePad 11″ 2023 yang juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pembelajaran, hiburan, multimedia dan kerja.

Berkongsi lanjut, Huawei kini mengesahkan kedua-dua produk tersebut bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 6 April akan datang. Tiada harga jualan didedahkan buat masa ini namun Huawei menjanjikan tawaran dan promosi menarik akan diberikan melaluinya kelak.

image is not available

Dalam pada itu, persoalan mengenai tablet misteri Huawei yang diacah sebelum ini nampanya terjawab dalam artikel kali ini. Kekal juga dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut termasuklah harga jualan peranti kelak.