Huawei Watch Ultimate 2 Green Edition Boleh Dibeli Pada Harga RM3999

TechnologyDigital
12 Mar 2026 • 3:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei turut memperkenalkan Watch Ultimate 2 edisi hijau di Malaysia dengan rekaan lebih premium. Jam tangan ini dibina menggunakan teknologi nano yang menggabungkan bezel seramik putih dan hijau bersama tali kulit komposit vegan mesra alam.

image is not available
image is not available

Rekaan dwi-tona pada kerangka jam menonjolkan gaya eksklusif manakala kerangka berbentuk oktagon pula memberikan sentuhan moden dengan kemasan mewah. Tali baharu turut direka semula untuk memastikan keselesaan sepanjang hari sekali gus sesuai dipakai dalam apa jua aktiviti.

image is not available
image is not available

Spesifikasi lain kekal sama seperti model sebelumnya dengan skrin LTPO 2.0 AMOLED bersaiz 1.5″ beresolusi 466 x 466 piksel serta kecerahan sehingga 3500 nit. Edisi ini turut dilengkapi teknologi menyelam berasaskan sonar, fungsi kesejahteraan emosi dan metrik kesihatan yang sama seperti varian asal. Di Malaysia, harga jualan ditetapkan pada RM3,999.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved