Huawei Watch Ultimate Tahan Lasak Boleh Dibawa Menyelam Sehingga 100 Meter

TechnologyDigital
23 Mar 2023 • 7:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Watch Ultimate ialah jawapan Huawei kepada Apple Watch Ultra. Jam tangan pintar ini diperbuat daripada bahan premium Liquidmetal yang menjadikannya sehingga 4.5 kali ganda lebih tahan lasak dan 2.5 kali ganda lebih keras berbanding besi tahan karat.

image is not available

Sungguhpun begitu Watch Ultimate adalah lebih ringan berbanding jam tangan besi tahan karat. Meneruskan tema tahan lasak, kaca nilam digunakan pada muka dan dengan bezel pula diperbuat daripada bahan seramik. Ini membolehkan jam tangan ini dibawa menyelam sehingga kedalaman 100 meter. Terdapat ciri komputer menyelam juga yang memberikan peringatan, jam randik dan amaran ketika melakukan aktiviti menyelam.

image is not available

Bagi yang ingin melakukan pengembaraan, sistem GPS pada jam ini menyokong sistem berganda bagi memastikan ketepatan. Sekiranya pemakai tersesat, mod kembali ke tempat asal boleh diaktifkan untuk mencari jalan keluar.

Sebagai jam tangan pintar ia mempunyai ciri standard membaca nadi, ECG, kepekatan oksigen dalam darah, menjejak tapak, GPS dan mengesan sehingga 100 aktiviti sukan secara automatik. Dalam mod penggunaan biasa, bateri Watch Ultimate boleh bertahan sehingga 14 hari dan sehingga 8 hari dengan mod GPS. Pengecasan pantas membolehkan bateri dicas semula dalam masa sejam.

image is not available

Model ditawarkan dengan tali jam titanium atau Hydrogenated Nitrile Rubber (HNBR) yang menurut Huawei lebih tahan lasak berbanding getah biasa. Ini adalah perlu kerana ia direka untuk dibawa menyelam. Huawei Watch Ultimate ditawarkan dalam warna biru dan perak tetapi harga belum diumumkan setakat ini.

View Original Article