
KENINGAU: Hubungan antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan di daerah amat penting dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia.
Ketua Pegawai AADK Daerah Keningau Azlan Sulaiman berkata, penglibatan persatuan dan NGO termasuk pemimpin masyarakat dalam pecegahan penyalahgunaan dadah sangat diperlukan.
Katanya, ia amat bertepatan dengan slogan AADK iaitu “Lebih Baik Cegah” yang menekankan betapa pentingnya pencegahan kerana merawat atau memulihkan bukanlah perkara yang mudah.
Azlan berkata demikian semasa berucap merasmikan Kanival Riuh 2023 anjuran bersama AADK dan Persatuan Kolupis yang berlangsung selama tujuh hari dari 22 hingga 28 Jun lepas di padang bandaran di sini.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Mengenai penganjuran program itu Azlan berkata, program yang besar seperti inii dapat merapatkan hubungan di antara masyarakat dan AADK.
Perasmian Karnival itu diserikan dengan persambahan daripada artis-artis tempatan, pertunjukan silat gayong dan taekwando.
Turut hadir Presiden Kouludan Pisompuruan (Kolupis) Daerah Keningau Abdul Rashid Sainong, Timbalan Presiden Sarbidin Linus selaku pengerusi bersama program Karnival Riuh 2023, Ketua Unit Pencegahan AADK Keningau Mohd Sazaki Mohd Zin, Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan Almus Tambisan, pegawai-pegawai AADK dan AJK persatuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
