Hubungan Dua Hala, Presiden China Xi Jinping Harap Lawatan Ke Malaysia Buka Lembaran ‘50 Tahun Emas’

15 Apr 2025 • 9:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden China Xi Jinping harap lawatan ke Malaysia akan membuahkan hasil yang memberangsangkan serta membawa kepada permulaan era “50 Tahun Emas” baharu dalam hubungan dua hala, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan bertulis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Presiden Xi berkata beliau berharap lawatan ini akan membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan bertemakan kejiranan mesra dan saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

image is not available

Kredit Foto: BERNAMA

Presiden Xi tiba di Malaysia hari ini untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013.

image is not available

Presiden China Xi Jinping Harap Lawatan Ke Malaysia Buka Lembaran

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Presiden Xi Jinping mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang.

Ketibaan Xi dan delegasinya disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, serta Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

image is not available

Setibanya di KLIA, Xi memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Leftenan Mohamad Nafis Norshid.

Sumber: Xinhua