Hubungan Malaysia–China makin kukuh, berdiri atas asas kepercayaan – PM Anwar

1 Sep 2025 • 3:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Asia mempunyai tanggungjawab besar untuk menulis sejarah dunia dengan acuan sendiri agar lebih adil, terangkum dan memberi peluang kepada semua.

“Dalam kekalutan itu, kita punya tanggungjawab untuk memastikan sejarah dan tatanan dunia masa hadapan ditulis dengan dakwat Asia agar ia lebih adil, lebih terangkum dan memberi peluang kepada semua,” katanya.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, China pagi tadi, sebuah institusi bersejarah berusia lebih 130 tahun.

Hubungan Malaysia–China makin kukuh

Menurut Anwar, Malaysia sentiasa menekankan semangat “harmony without uniformity” yang berakar sejak berabad lamanya di Asia, sebagai asas dalam hubungan antarabangsa dan kerjasama ekonomi.

Keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974, jelasnya, adalah langkah berani berlandaskan keyakinan masa depan yang kini berkembang menjadi hubungan berasaskan kepercayaan dan keikhlasan.

“Setiap pertemuan saya dengan Presiden Xi Jinping mengukuhkan kefahaman bahawa meskipun berbeza dari segi saiz, kedua-dua negara mampu berdiri setara dengan penuh hormat dan keikhlasan,” ujar beliau.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Anwar menambah, hubungan Malaysia–China telah melahirkan pelbagai bentuk kerjasama, termasuk infrastruktur, tenaga hijau, ekonomi digital dan kemudahan perjalanan rakyat.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Dalam suasana global yang tidak menentu, katanya, keikhlasan persahabatan ini amat berharga kerana ia membuka jalan ke arah keamanan dan kemakmuran bersama.

Sumber: FB Anwar Ibrahim